14 November, 2010

Babak Satu

Assalamualaikum....

Blog adalah posisi dimana kita meluahkan rasa, idea, dan informasi. Jadi, memang tidak salah jika kita memuntahkan segala cerita melalui penulisan blog even membe kita cakap ;

“ko ni buat blog macam pompuan la!”

“tade keje lain ke?”

“lebih baik ko stady lagi bagus”


Tidak tahu sama ada mereka yang tak berapa pandai nak paham apa fungsi sebenar blog atau kite sendiri yg tak berapa nak bijak kerana meperdagangkan cerita buat tatapan dunia. Ataupun dorang jeles sebab dorang tak tahu nak buat blog camne kot?


Aku tak tahu nak klasifikasikan blog ni jenis macam mane. Puitis? Informasi terlajak? Ruangan mencarut? Mengutuk? Errrr.


Permulaan kisah yang nak dikongsi adalah tentang aku.


Nama : Amierol Shah

Umur : 21 Tahun

Asal : Negeri Sembilan.


· Berkelulusan Diploma Perdagangan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) *dahulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM),*.

· Melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia bagi peringkat ijazah

· Alahan dengan habuk dan sensitip kalu orang tenyeh hidung nya. Naya bersin tak hengat kalau perlakuan tersebut direalitikan oleh insan2 yang suke sgt main hidung orang Waishhhhh!

· Amat mencintai seni.

· Taken. *blushing*

· Berdarah Panas. *wajib*

· Sensitif. *hurmmm*

· Pemarah. *err…*

· Pencinta alam. *tipu*



Aku dah tak tahu nak tulis ape dah. Sekang aku nak g tolong mak sku sidai kain.

TATA!

No comments:

Post a Comment