Harini aku tak nak hehe. Nak serius. Mai secawan?
Musim keputusan exam keluar.
Bagi aku tak semua orang mampu memuntahkan idea atau jawapan yang betul di atas kertas peperiksaan walaupun dia sudah stadi bersungguh sungguh bermati matian. Maksud aku kat sini, tak semua orang boleh dapat markah tinggi dalam exam. Sama ada dia ada darah gemuruh masa jawab atau rezeki memang tak memihak kepada dia.
Al kisah.
Aku ada sorang membe. Memang tak ingat la gempak gila dia stadi. Seriusly. Siap dia boleh ajar orang lagi. Tapi yang menjadi kemusykilan kami semua, tiap kali dia exam, result dia mesti tak seperti yang kami jangka. Dari situ aku dapat lihat kebenaran sebenar.
Kebijaksanaan seseorang yang sebenar bukan boleh diukur dengan jawapan peperiksaan. Tetapi dengan cara dia mempraktikkannya. Tapi secara realitinya, KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SANGAT PENTING bagi menentukan masa depan dan takat gaji seseorang. Muahaha.
Bagi aku, peperiksaan tak memberi banyak sangat makna kerana bagi aku peperiksaan hanyalah sekadar peperiksaan. Hafal kemudian muntahkan dia di atas kertas. Kemudian, koman koman sebulan selepas student dah lupa apa yang dipelajari. Aishhh.
Tapi ada jugak student yang belajar untuk pengetahuan. Simpan dan praktikkan. Tapi bagi kebanyakan kawan aku, dorang hafal dan lupa. Itu sahaja. Tiada kesinambungan. Tapi aku tak kata semua student ya? Kebanyakan student yang begitu. Jangan marah.
Kesimpulan di sini, bagi yang dapat result biasa-biasa tu jangan la nak sedih-sedih sebab tak semestinya orang pandai tu selalu untung. Bukan bermakna aku dengki dengan orang pandai, tapi aku yakin yang segala ketentuan ada hikmah disebaliknya. Yang harus ditanam dalam diri adalah ikhlas dengan ilmu. Bersyukur dengan segala ketetapan. Jangan cepat down sebab kesedihan lagi menyebabkan kita mundur. Belajar untuk terima kenyataan yang rezeki belum memihak kepada kita. Yang paling penting. . . .
.
.
.
Jangan Menyerah.
p/s: kalau sesenang, dengar lagu hensem ni, Jangan Menyerah – D’Masiv.
Tapi pada hakikatnye aku memang kecewa…huaaaaaaaaa…………
No comments:
Post a Comment