29 December, 2010

zaman suci

Serius shah. Serius. Jangan gelak-gelak. Nanti ada orang cakap kau macam bebudak.

Ok2. Tiba-tiba aku teringat masa lampau aku. Aku ni banyak merantau. Dari sekolah ni, sampai la ke Nilai.

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju (1)

Darjah 1 – 4

Sekolah Kebangsaan Sungai Besi

Darjah 4

Sekolah Kebangsaan Taman Desa Tasik

Darjah 5 & 6

Sek. Men. Keb Bandar Tasik Selatan

Tingkatan 1

Sek. Men. Keb Kompleks KLIA

Tingkatan 2 – 5

Banyak kan sekolah aku? 5 sekolah. Tu la sebabnye aku tak ada kawan-kawan yang bebetul rapat. Macam nomad la. Asyik merantau. Aku kadang-kadang jeles dengan gf aku. Gathering sana. Gathering sini. Rapat je. Kalau aku ingat dorang pun kebanyakannye, diorang tak ingat kat aku. Kecewa. Tulah. Kat sekolah dulu aku tak berapa nak macho. Tu yang tak bape orang kenal kot. Gemuk.

Ok2. Kita fokus kat darjah 4 Maju 1.

Alkisah.

Dulu, aku ni suka kumpul pemadam. Sampai penuh bekas pensil aku dengan pemadam. Pemadam 20sen pastu ada gambar negara. Ingat lagi tak? Yang lahir tahun 1989 ingat la kot. Dah jadi trend masa tu. Main lawan pemadam, main ceper, batu seremban, galah panjang, congkak. Auwww. Ayuu. Tapi sekarang, trend skang ‘matang’ sikit. Shuffle, merempit. Adus. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak amik kisah sangat sebab tak berapa nak minat nak tahu.

Sambung…

Oleh kerana minat dengan getah pemadam, aku pun dengan secara tidak sengaja sangat sayangkan pemadam-pemadam aku tu. Sampai takut sangat hilang. Orang usik pun kedekut. Haish. Nak dijadikan cerita pada satu hari, aku mengamuk.

.

Mangsa: Alif

.

Alif ni dikira baik juga la dengan aku. Sebab dia duduk depan aku.

Aku pun mengeluarkan pemadam aku. Penuh beb. Penuh. Korang kalau tengok, mesti teruja. Penuh satu kotak pensil. Sampai 2 aras. Dapat bayangkan?

Maka, dengan teruja nya Alif pun mengambil bekas tersebut dan melihatnya dan meletakkannya di atas meja dia. Dia dah la duduk depan aku. Lama jugak la dia membelek-belek. Aku dah panas.

“Bila pulak mamat ni nak pulangkan……“ monolog.

“Alif, aku nak balik pemadam aku. Bagilah balik !“ aku mula meninggikan suara.

“Jap laaaaaaa“ Alif menjawab.

Wah. Wah. Wah. Amat biadap jawapan si Alif. Aku dah panas, lalu mengambil PENSEL 2B kayu. Lantas, mengHUNUS ke arah Alif !

.

.

.

.

Berdarah. . . .

.

.

Belakang Alif berdarah. Errr.

Melentik badan Alif ditikam. Aku pun tetiba je rasa bersalah. Kemudian, dia dengan lembut hati memberikan kembali kotak pensel aku. Bersalah. Rasa bersalah.

Lepas tu dah la ada perhimpunan. Lagi la obvious nanti. Puas aku mintak maaf kat Alif. Tapi dia. . . . nangis.

Kejam tak aku?

7 comments:

  1. sangat kejam ! kecik kecik dah membuli orang ekk..ish ishhh.. hahah.. :p

    ReplyDelete
  2. ko mmg setan !!! aku ta kan maafkan ko ! huh !

    ReplyDelete
  3. sokong syafa!!perbuatan kianat!!
    akibat pemadam,,api pule yg jd mangse!!

    ReplyDelete
  4. liyana:: kejam kan? sy tahu. dari azali lagi.HAHA

    ahsun & capa:: jgn emosi. kite skg berada di alam maya. tiada siapa baik. tiada siapa jahat. sume nakal je. baik makan telur atau makan air.

    ReplyDelete
  5. blh tahan samseng kau dlu ea...ish3

    ReplyDelete
  6. samseng tu tak la. tapi memberontak. HAHA

    ReplyDelete