Bercinta merupakan antara masa terbaik buat semua manusia. Betapa indahnya dalam peringkat kejar mengejar, betapa asyiknya dalam alam honey moon, makan tak kenyang, minum haus lagi. Semua pelik-pelik. Tapi adakah indah ini akan kekal selamanya? Bak kata adat, sedangkan lidah lagi tergigit kan. Hmm. Topik cinta.
Semua orang pasti akan merasai nikmatnya bercinta. Aku pernah melalui nya beberapa kali dan tersungkur. Tapi aku tak pernah mengalah dari berdiri kembali dan tegar menerima cinta lagi. Orang kata cinta hanya datang sekali. Percaya ke?
Cinta. Cinta. Cinta. Bagi aku orang yang betul-betul hebat je yang boleh masuk ke alam tersebut. Alam di mana penuh dengan cinta, berahi, jealous, merana, asyik, gembira blahblahblah. Semuanya di gaulkan menjadi satu rasa iaitu cinta.
Selalu kita melihat pasangan bercinta bagai nak rak, pastu kahwinnya dengan manusia lain. Aku pelik dan janggal. Selalu kita dengar alasan, ‘sebab hubungan dah lama sangat’ err. Apa ke jadah?
Kegagalan sebuah cinta banyak begantung kepada tahap kesabaran kita terhadap pasangan kita. Cuba kita bayangkan tiada kesabaran dalam satu perhubungan. Apa akan berlaku? Akan berlakulah gejala skandal. Sabar. Ni kes tak sabar sangat la ni boyfie/girlfie korang jauh sangat tu yang nak memasang-masang ni. Hesh. Tak menyabo. Disitu kita lihat tiada kesabaran dalam percintaan. Cinta jarak jauh merupakan beban bagi sesetengah orang. Termasuk juga aku. Aku tak percaya sangat cinta jarak jauh. Sebab, macam2 boleh berlaku antara si dia dan seseorang. Gulp. Jadi sebolehnya memang aku mengelak dari menjadi peserta dalam acara ini. Tapi kalau nak jarak jauh boleh je. Tak da la sampai main kayu tiga. Prinsip aku camni, kalau aku buat baik, insya-Allah akan di balas baik. Dalam setiap kisah cinta aku, aku memupuk keseriusan. Jadi kalau sesapa tidak boleh nak serius, sila pergi dari hidup aku. Sebab bagi aku tiada istilah main2 dalam bercinta ni. Macam aku cakap tadi, once kita dah masuk alam ni, kita tak akan dapat apa yang kita peroleh semasa kita single dahulu.
Seterusnya, bersabar dengan perangai pasangan anda. Seperti sedia maklum, setiap manusia banyak kekurangan. Tak sempurna. Jahil. Tu lah manusia. Jadi, wajib untuk kita memahami dan bersabar dengan pasangan kita. Kalau kita terlalu mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kita, bila kita nak kahwin? Tapi ingatlah, jika betul korang tak tahan dengan perangai/layanan pasangan, sila lah beredar dari hidupnya. Mungkin dia bukan manusia untuk kita. Makanya, kesabaran itu amat penting dalam menjamin kestabilan dalam percintaa.
Kelangsungan sesuatu hubungan bergantung kepada tahap kebergantungan antara satu sama lain. Well. Dalam perhubungan, kedua saling memerlukan. Bukan hanya perempuan sahaja yang boleh bergantung harap kepada lelaki, tetapi juga sebaliknya. Jangan menganggap yang lelaki ini terlalu gagah dengan tidak boleh bergantung kepada si wanita. Perempuan kene sedar, setinggi mana ego lelaki, segagah mana lelaki itu, di penghujung cara, dia tetap akan mencari girl nya. Lelaki juga boleh menangis. Lelaki juga perlu di beri perhatian. Lelaki juga ingin telinga kamu wahai wanita. Lelaki bukan robot. Cuma ego lelaki yang menjadikan mereka seakan robot yang tidak ada hati dan perasaan.
p/s : girl boleh cakap hati lelaki keras sebab boleh lagi lepak dengan member even lepas putus pun, tapi korang tidak akan pernah faham kenapa lelaki bertindak begitu. Korang tahu ke apa yang dia fikirkan? Tak tahu.
No comments:
Post a Comment