18 July, 2011

poyos

Seharian di Times Square…….

Nak tengok Transformers. . . .xda mud.

Harry Potter. . . . . .tayangan jam 2.10 P.M.

Demn. Hati membuak-buak berkeinginan melayari kehebatan Harry Potter, tapi apakan daya. Nasib oh nasib. Kaki terus dibuai dan terbuai ke serata Times Square. Tiada arah. Tiada teman. Keseorangan.

Otak terus meracau mencari tujuan berfikir apa acara yang setimpal dengan masa yang diperuntukkan ini. Ligat. Ligat. Ligat. Jammeddd. Err.

Seligat otak berfikir, seligat itu teringat yang mana aku pernah tertancap dengan bidikan poster Larry Crowne. Tom Hanks. Julia Roberts. Macam best jep?

. . . . . . .

Dalam panggung masih lagi berseorangan. Tiada teman di kiri atau kanan. Bosan oh bosan.

1 Jam 30 minit berselang. . . .

Tak la best mana. Mungkin hanya membawa nama-nama besar menghiasi papar layar dan arahan Tom Hanks yang serba tidak menjadi. Kurangnya penilitian kata yang bernas. Kurangnya babak yang terkesan. Hanya dikukuhkan dengan rasa bosan dan tidak senang duduk dek kerana durasi yang panjang dan tidak mendebarkan. Tidak berbaloi. Memang tak berbaloi. Lapar.

Lunch Treats Set B satu. Bungkus.

Berjalan sambil makan French fries sungguh lahap kelihatannya. Namun lagu keroncong mainan usus sangat menenggelamkan rasa malu. Mahkota malu agak di ragut petang semalam. Lahap oh lahap.

Duduk aku di ruangan menunggu tren Monorail Maharajalela sambil membuka set murah. Sambil menghirup pepsi, aku terfikir. . .

Cane ek orang boleh hidup sorang2?

Best ke hidup sorang?

Terus teringat filem Buli. Babak Nordin makan sorang2 dengan lahap di taman mengingatkan aku dan situasi aku tadi.

Demn. Tak suka sorang-sorang. Menci!!!

Teman. Kawan. Sahabat. Kenalan.

2 comments:

  1. sumpah aku ingat kau main2 masa kau ckp kau kat ts HAHA asl ta g mid ?

    ReplyDelete
  2. jauh doe mid.
    payah. aku naik tren jep. HAHA

    ReplyDelete