05 February, 2012

Di ratah sehingga lunyai

Bicara bibir tidak semesti selari dengan bicara hati. Hati disuap dengan bagai duka. Hati disiram dengan bagai lara. Hati juga bisa disusun dengan wangian sementara.

Kadang hati terus meliar bertapa cuba mengerti dan terus memberi, tetapi masakan dunia terlalu pahit untuk ditelan. Lalu di ludah. Puihh. Walau pahit sebenar hilang, namun rasa kelat terus bergelimpangan.

Disampai segala pesan biar berperasaan. Disampai segala cita agar tidak terus membuta. Duri yang ditarik , cuma jerih jeritan yang kedengaran. Jerih kebencian. Jerih dendam. Tiada lolongan terima kasih.

mahu ditampar bibir itu. Mahu dikunyah mata itu. Tetapi. Sabar.

2 comments: