27 April, 2012

sama ada yang kita mahu, atau perlu.


Rakus masa berputar pesat. Randik kejam meracun. Tangkas tik tok tik tokk. Jarum menyinggah dari kiri ke kanan. Dari atas ke bawah.

Seerti dengan resam kita. Terkadang terpuruk di tepian. Terkadang hambar di tengah laluan. Terkadang tinggi nun di sinun. Terkadang jatuh terperosok terluk
a segala. Lumrah alam.

kadang bila berkata pon salah…. Bila diammmm lain pula ditafsir. Bila bicaraaa benci pula dikata. Lumrah binasa. Sekali dihamput, selamanya reput. Reput menanti rebah. Nasib baik ada tangan yang menahan. Sabar. Sabar. :D

lama kelamaan aku sedar yang bukan itu yang kita manusia minta. Bukan itu yang aku minta. Bukan juga kau ! bukan.

persoalannya, Bila masa yang kita betul?

No comments:

Post a Comment