05 May, 2013

Apabila kerumitan lelaki bermula......


Permintaan dari seseorang yang menginginkan diri ini bercerita tentang perihal lelaki. Perihal tentang kerumaitan hati seorang lelaki. Sisi yang terbaik akan cuba dipaparkan di dalam naskah kali ini.

Lelaki merupakan insan yang penuh dengan sifat misteri. Namun perihal setiap badan pasti ada ceritera sendiri. Dan sisi lelaki seperti aku pasti berbeza dengan perihal lelaki lain. Ini badan ku, naskahku. Serial Code ku.

Diri ini tidak lah dikategorikan sebagai insan yang terlalu istimewa dari lagaknya. Diri ini tidaklah terbentuk dengan karisma yang setanding Aaron Aziz yang mampu mencairkan sekalian gadis yang menatapnya. Diri ini juga bukanlah yang mampu berhias sehingga menampakkan pesona tampan dari susuk asset rambut dan segala perkakas tubuh yang mampu melenturkan lirikan mata wanita.

1)         Aku insan yang suka berdiri sendiri. Mampu bergerak sendiri jika tiada yang menolak dari belakang. Makan sorang2 pun boleh. Tengok wayang sorang2 pun pernah.

2)         Aku tidak suka betul kalau dipaksa, jika aku terusan dipaksa, secara automatik jadi malas even pada awal betul berkobar nak buat benda tu.

3)         Aku juga insan yang tidak pandai melempiaskan keinginan secara direct. Cara aku yang indirectly menyebabkan terkadang ramai yang gagal memahami apa yang aku mahukan.

4)         Aku merupakan pengikut setia dimana mampu menjadi penolong atau pendamping yang baik. Tetapi…walaupun bertindak sebagai pendamping, aku tetap mahukan kata hormat dari orang yang aku dampingi. Aku faham dengan tugas dia, dan dia juga wajib untuk mengerti apa yang aku mampu lakukan dan boleh laksanakan.

5)         Aku juga insan yang boleh bertindak sebagai ketua jika keadaan memaksa. Malas menakluki semua bahagian andai ada yang lebih mahu berkata kata.

6)         Terkadang aku suka masa bersendirian dan tidak selamanya aku mesti bersama dengan kalian.

7)         Aku juga suka mendengar pendapat orang lain dan cuba untuk menjadi pendengar yang baik untuk hujah-hujah yang diketengahkan.

8)         Didalam percintaan. aku hanya mampu fokus SATU hanya dalam satu masa kerana rasa cinta ini tidak mampu dibahagikan. Aku tidak pandai menipu didalam mengagih rasa cinta.

9)         Aku juga tidak kisah by letting anyone win in a game, tapi jika kau mengambil kesempatan ke atas kemurah hatian ku, aku akan bertindak kasar dan annoying.

10)       Aku tidak berapa gemar jika wanita mengejarku, kerana aku yang suka mengejar wanita yang aku suka. 

11)    Kekal bersabar dalam apa jua keadaan dan mampu menjadi insan paling kasar jika diperkotak katik kan secara total.

Okay. Itu merupakan sifat lelaki yang aku ada. Mungkin ada lagi yang aku tak tulis, tapi itu antara yang aku percaya ada pada aku. Lelaki? Okay. Untuk pengetahuan para gadis sekalian. Aku suka kalau pasangan aku bahagia. Aku suka kalau dia buat apaaaa sahaja yang dia suka. Tapiiii at the same time dia kena hormat aku. Sebab aku memang tak kan gagal untuk menghormati seseorang wanita jika dia betul2 menghormati aku sebagai pendamping hati dia. Lelaki ni tak rumit. Kalau yang jenis terlalu rumit tu maybe sebab dia dah terlalu taksub dengan cinta tu. Atau pun dia jenis yang ‘octopus2’ gitu. Lulz. Tapi kan tapi kan. I mean, tidak bermakna kalau kita tak taksub, aku tak cinta gadis tu. Tak. Bukan macam tu. I do love her. But I believe that dalam percintaan ni, tidak perlu nak terlalu rigid dengan perkara. Cukuplah sama sama tahu. Kau sayang aku, dan aku sayang kau. That’s it. Cukuplah. Tidak perlu terlalu overprotective sampai nak pergi Reunion pun tak boleh, nak keluar dengan friends ramai2 pon tak boleh. No. it can’t be like that. Itu sangat salah. Bagi aku, aku akan jaga girl yang aku cinta betul2 bila mana selepas kahwin nanti. And untuk sebelum kahwin, aku akan tolong dia selagi mampu jika dia memerlukan aku. Now aku nak dia happy dengan life die dengan syarat tanpa menentang hukum syarak dan pandai jaga diri. Cukupla. Kerumitan hati seorang lelaki ni berpunca jika gadis tersebut menentang gagasan yang dicipta oleh lelaki tersebut. Macam lelaki nak tengok bola, girl tak bagi. Pftttt. Laki nak hang out ngn kawan2, girl tak bagi. Pftttt. Lelaki nak cari duit, tapi girl nak gak ajak jumpe. Pfttt. Itu merupakan antara tanda tanda kalau si lelaki dah start nak meroyan. Dan pada tahap kritikal tu, kalau lelaki tak boleh sabar, memang melenting. Tapi kan…lelaki ni tak boleh lenting lama-lama, mesti dia rasa sedih sebab girl dia sedih. Tapi tapi tapi kalian girl jangan pulak bagi lelaki ni kerap sangat melenting, lain jadinya. Bila lelaki dah start annoying, then waktu tu no more pujuk2 then bye2 relationship.

For me, sangat simple kalau nak tahu kerumitan lelaki dari sudut aku. Aku tak suka kena desak, aku tak suka kena caci, aku tak suka wanita bongkak, aku panas hati dengan girl yang selalu nak menang, aku tak suka kalau girl tu tak suka tengok aku bahagia.

Girl. Or my future wife. I do love you. Aku suka kalau tengok kau bahagia, dan aku harap kau pun boleh tengok aku bahagia kan? Please. Please. Please. Kamu jangan nakal. Ku pergi sebentar. Bukan untuk curang. Wowo. Eh. Okay.

No comments:

Post a Comment