11 December, 2010

tak berapa nak serius lah. cubelah baca.

Hehe. Kali ni dah boleh senyum balik sebab dah release segala yang tersirat di hati.


Masa cuti yang dimanfaatkan oleh aku sem ni disertakan dengan wang. Aku bahagia! Berbekalkan beberapa not merah dipoket aku mampu kemana-mana yang aku suka. Err.*berbekalkan post sebelum ini, aku bekerja di MAHA 2010*


Sebelum ini aku lebih prefer duduk kat rumah je sebab sebelum ni aku stadi jauh nun di Terengganu. Kerana kepayahan aku menjejakkan kaki dirumah menyebabkan ibuku mudah merindukanku. Awww. Jadi aku decide tak perlulah aku keje, sian mak aku. Biarlah dia menatap wajah anaknya yang kacak ni puas2.


Setelah melanjutkan usia belajarku ke UPM, time tulah aku rasa masa yang terbaik untuk aku mencari rejeki yang halal secara sendirinya. Selama ni asyik minta duit parents je, tensen dorang. Dah la aku ni pemalu nak minta-minta ni. Aku memang pemalu. Shah si pemalu.


Aku nak jugak berpendapatan sendiri dengan baju dan kasut idaman. Aku jugak nak gapai bintang di langit dengan makan di restaurant mewah. Wahh. Melangit.


Tapi walau bagaimanapun kerja, harus tidak dilupakan mintak restu orang tua. Janganlah kamu bekerja tanpa restu dari mereka, kerana restu mereka sangat penting. Jangan muntah. Aku bukan nak belagak baik. Tapi memang kebenaran. Aku tak berani kerja kalau tanpa restu mereka.


Kesimpulannya. Kerja lah kamu selagi mampu kerana tiap yang anda lakukan merupakan pengalaman. Pengalaman belajar, pengalaman kerja harus diselaraskan untuk mendapatkan keputusan yang bagus masa praktikal nanti. Masa kerja tulah korang dapat kenal pasti macam mana nak berurusan dengan bos, staff. Huhooo. Lantas mendapat keputusan yang baik semasa latihan industri nanti. Bernama.

3 comments:

  1. hahahahha,,ahloi buat ahsun gelak jek!!
    sonok deh bce belog kamu ini!!dasar batu belog batu bertingkat!!!hahahha

    ReplyDelete
  2. jangan macam tu ahsun. kita boleh kawal situasi ni. HAHA.

    ReplyDelete
  3. hahahahha,,ngeksssss,,xbley control

    ReplyDelete