Hehe. Gelak bual bicara.
Akhirnya aku sampai dirumah yang tersergam nyaman.
Selesai sudah tugas di MAHA 2010. Banyak pengajaran dan pengalaman walau muka makin legam dek kerana panahan matahari. 7 hari bergelumang dengan syif pagi, 3 hari syif petang. 2 hari full day, memang gila punya letih. Ape pun aku mampu tersenyum bangga sebab dapat melunaskan 10 hari tersebut dengan jayanya. Tahniah shah!
Kami ditugaskan menjaga parkir Pintu 1. Aku ditugaskan untuk menjaga parkir Bas. Bila fikir-fikir balik macam aku amik balik tugas ayah aku masa ayah aku kerja HR di syarikat Intrakota dulu. Tapi sekarang, syarikat tu dah pupus dah. Masa dulu, selalu jugak aku teman ayah aku g keje. Jadi, memang dah terbiasa la dengan bau-bau asap ni.
10 hari yang bahagia bersama crew-crew yang sengal ayam, supervisor yang baik dan sporting. Aku bangga menjadi sebahagian mereka. Encik Husni, Encik Nik, Encik Amirul, Kak Ayu, Kak Yati banyak tahan dengan ragam bebudak kami. At first, aku dengan ikhwan ingat Encik Husni garang ya amat, rupanya baik tak ingat. Baik nye sampai bagi nasi kepunyaan dia untuk di lapah oleh kami. Terharu untuk itu.
Paling tak boleh blah, kami anti sikit dengan crew Parkir 2. Ingat lagi waktu perjumpaan malam terakhir tu, perghh. Budak2 panas je tengok dorang. Tapi aku……….ngantuk…….mamai………errrr.. Pada pandangan kami, mereka poyo. HAHA. Tapi memang pun kot. Tapi tak semua la. *sebab ade je membe yang aku kenal kat situ*
Pengakhiran yang sungguh suci. Malaysian Agriculture Horticulture Agrotourism 2010 berakhir dengan jayanya. Hensem.
No comments:
Post a Comment