08 February, 2011

22 Tahun



Hehe. Sudah berkurun rasanya tidak menghapdate. Dah bersawang blog saya. Auww.

Hm. Setiap manusia akan naik darjat dan pangkat tiap tahun. Tak kira la naik pangkat dah jadi aunty ke, uncle ke apa ke. Dan tidak terkecuali akan naik umur. Dan tahun ini aku membesar pesat dengan angka umur yang beranjak ke 22. Waah. Kalau zaman2 dahulu ni dikira dah cukup haul untuk kahwin dah ni. Apepun, dunia sekarang dah berubah ye dak? Hm. No komen.

24 Januari. 1989. Terlahirnya insan yang diberi nama Mohammad Amierol Shah. Bayi yang berat nya berkilo kilo. Dibesarkan dalam taraf hidup yang sederhana,. Dilahirkan di Kampung Jijan, Nilai. Terlalu gelojoh nak tengok dunia sampai dah ‘terberanak’ kat rumah. Err. Gelojoh sungguh.

24 Januari 2011. Aku telah di gamatkan oleh rakan2. Bau telur. Tepung. Ayam. Err. Semua bergaul. Ini semua hasil perancangan yang dikepalai oleh Nor Azzie, Nabil Norhalim, Muzzamil, Nash Nasiq, Akmal dan dibantu oleh ‘pelakon-pelakon’ tambahan Koko Hoki Sesi Julai 10/11. Tak lupa En Wan. Kejang muka aku. Masa nak buat ucapan terus mati kutu. Err.

Ini sebahagian rentetan malam tersebut. . . .










Langsung tidak terlintas dek benak bahawa akan terjadi peristiwa seumpama pada malam tersebut. Ahaks. Hm. Sedikit ucapan. Aku ni tidak lah sehebat mana. Tetapi dikelilingi orang yang hebat2 dan sangat supportive. Itu yang membuatkan aku rasa hebat. Sungguh aku terharu.

Kepada Muz, Akmal, Nash. Korang memang dah berpengalaman kan dalam ‘kes-kes’ mengejut macam ni kan kan kan? err. Hm. Terima kasih. Aku ingat dekat UDM je kena telur. Kat sini pun bau gak air telur. Yekss. Papepon kekal persahabatan kita sampai ke UPM ni. Panjaaaaaaaaaaaang jodoh kita. Err. Jangan muntah.

Kepada Nabil. Walau usia pesahabatan kita baru berusia beberapa bulan, tapi aku sangat kagum dengan ketenangan kau. Bagus. Mendorong aku menjadi manusia yang cemerlang dan terbilang seperti kau. Ececece. Papepon terima kasih Nabil. Ko memang Nabil la.

Kepada Nor Azzie. Ehem2. Kepada penaung besar dalam upacara gilang ini. Satu kejayaan dan kebanggaan bagi diri beliau kerana telah berjaya ‘melencunkan’ Amierol Shah! Sungguh bahagia muka beliau dapat mengenakan saya. Nasib baik sayang, kalau tak. . . . errr. *sensored*. Nice Job dear. Saya bahagia pada itu malam. Terharu, tak terkata. Akan saya kenang sampai bila-bila. Tahniah. <3.>

Kepada Encik Wan dan geng Hoki. Terima kasih hadir meraikan majlis tersebut. Sesungguhnya banyak kenangan yang indah sepanjang aku join Koko Hoki neyh. Ecece. *blushing*




p/s: maaf kepada yang terasa pada malam tersebut. Aku blur gila kot. Ramai yang kata muka aku nampak marah. Tidakkk. Aku tak marah. Tapi agak kaget dan speechless. Kalau tak percaya jugak , tanya Nor Azzie. Hehe.

No comments:

Post a Comment