20 February, 2011

25 Random Things

Hehe. Assalamualaikum. Berkerut aku melunaskan tag Afifah Binti Ayob. Mempersembahkan. . . .

  • Tiap tahun, tarikh 24th Januari menjadi tarikh keramat buat insan bernama Mohammad Amierol Shah. Tanggal tarikh dimana Amierol Shah keluar dari perut ibunya. Tanggal dimana generasi ‘Aznan terus bercambah. Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kurang dari segi kewangan, namun kaya dari segi kasih sayang dan cinta. Kebahagiaan yang kami kecapi tidak ada tolok bandingnya dengan apa yang ada di dunia ini.

  • Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Seorang lelaki, dan 3 orang perempuan. Ya, aku merupakan tunggal lelaki dalam famili. Walaupun aku dibesarkan dalam kalangan beradik perempuan, tapi tak pulak aku ‘patah’. Tapi lembut hati tu agak terserlah lah. Sensitive. Dan lain2.

  • Mohammad Amierol Shah. Masih lagi kurang matang, kebudak-budakan, cepat panas, kasar bahasa, kejam, makan banyak minum kurang, kurang sabar, benci menunggu, pendiam, ayam, boroi. Err.

  • Mohammad Amierol Shah. Mempunyai segulung Diploma Perdagangan Antarabangsa (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan dalam usaha untuk mendapatkan segulung Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Universiti Putra Malaysia)

  • Mohammad Amierol Shah. Juga mempunyai penyakit tulang yang dikenali sebagai Pectus Excavatum. Merupakan penyakit tulang dan dada kedalam. Struktur tubuh aku yang agak lebar dan ‘tidak berseni’ merupakan kesan dari penyakit aku ini. namun di yakni bukan penyakit yang boleh membawa maut.

  • Mohammad Amierol Shah. Mencintai seni. Pernah memasuki beberapa pertandingan teater dan pentomin. Sebenarnya bakat aku tiada dalam bidang ini, namun atas minat yang mendalam aku mula sertainya. Auww.

  • Mohammad Amierol Shah. Pernah ketagih dengan sukan basketball. Namun atas sebab kebusyan yang melampau pada hujung semeseter semasa diploma, terpaksa menguburkan cita2 tersebut. Nak sambung time degree ni rasa macam agak mustahil.

  • Mohammad Amierol Shah. Pernah kemalangan bus. Bus tu terbalik dan mengorbankan 1 nyawa kanak-kanak. Kesian-kesian. Tragedi itu berlaku pada 16 April 2008. Masih lagi terngiang-ngiang semasa kejadian tersebut. Aku dan 2 lagi rakan sehat walafiat tetapi mengalami sedikit luka-luka kecil. Pergh. Dah la lusanya final exam. Errr.

  • Mohammad Amierol Shah. Suka berseorangan dalam hal-hal tertentu. Kadang rasa suka berjalan berseorangan dicelah timbunan orang ramai sambil melihat gelagat manusia yang tidak dikenalinya. Auww. Tapi tak la selalu. Tapi…tapi…tapi…dulu selalu kot jalan sorang-sorang? Err.

  • Mohammad Amierol Shah. Sudah dimiliki/ditawan Nor Azzie. Auww. Hehe.

  • Mohammad Amierol Shah. Warna yang digemari warna hitam, putih, merah.

  • Mohammad Amierol Shah. Mempunyai netbook yang dikenali dengan nama ‘Maya’. Pada asalnya ia dinamai nye punn dengan nama RaRa, tapi ditukar atas sebab yang boleh diterima akal. Ehe. Maya lagi beshh.

  • Mohammad Amierol Shah. Pada asalnya sejak dari bangku sekolah lagi mendambakan sukan Ragbi. Namun terbantut atas kerana masalah dada yang dihadapi. (sila rujuk Perkara 5)

  • Mohammad Amierol Shah. Tak fotogenik. Perosak gambar. Perosak mood. Haha. Racun perosak.

  • Mohammad Amierol Shah. Mempunyai hanya SEBELAH lesum pipit. Err. Belah kanan.

  • Mohammad Amierol Shah. Pada awal perkenalan mesti orang cakap aku sombong gila vavi. Tapi tidak. Saya tak sumbung. Cuma muka je ketat sikit. Err. Natural ketat.

  • Mohammad Amierol Shah. Mempunyai muka 1 ekspresi sahaja! Tidak mampu menunjukkan riak muka yang meyakinkan. Err.

  • Mohammad Amierol Shah. Mempunyai masalah jalan Robot yang kritikal. Juga dikatakan sedikit bongkok. Err. Nasib badan.

  • Mohammad Amierol Shah. Tak ada lesen kereta lagi. Demn.

  • Mohammad Amierol Shah. Time sekolah dulu amik Lukisan Kejuruteraan. Tapi bila dah abis Spm sambung diploma lebih kepada kos business pulak. Tapi kann, secara jujurnya aku minat pengajian Bahasa. Err. Macam mana tu?

  • Mohammad Amierol Shah. Peminat pemilik suara Faizal Tahir, Black, Arctic Monkey, D’Masiv, Sudirman. . . .err. tak dapat pikir. Tapi currently Faizal Tahir la.

  • Mohammad Amierol Shah. Peminat setia nasi lemak. Tiap kali kalau g pasar malam nampak nasi lemak, mesti teruja. Tak tahu kenapa ntah.

  • Mohammad Amierol Shah. Bekas peminat Snickers. Ntahla. Nape dah tak minat sangat pun tak tahu.

  • Mohammad Amierol Shah. Saaaangatttt suka berjalan kaki. Hehe.

  • Mohammad Amierol Shah. Degil, selfish, cepat tensen, pelupa, macho. Err.
Nak kene tag ke? Malas la.

6 comments:

  1. salam,saya ibu kepada bayi yang mempunyai Pectus Excavatum...iaitu dada kedalam...boleh akak tanya beberapa soalan ttg itu?apa kata doktor bila adik menjalani rawatan?dan bagaimana adik merasainya?akak harap dgn jawapan adik...akak dapat memahami lebih mendalam ttg bayi akak ini...wslm

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam. apa bila mendapt penjelasan katanya tulang di bahagian dada kiri saya sedikit terbuka berbanding di bahagian dada kanan saya. rasa? kenkadang sakit seperti dicucuk cucuk. tapi belum tahap maut lagi la kak. tapi kene berjaga apabila bayi itu besar nanti. ditakuti mempunyai masalah pengepaman jantung nanti. disyorkan rawatan lanjut ye kak. :)

    ReplyDelete
  3. uishhh , ade mntak nasihat g , wahhh :)
    ohh ,a sl aku ta taw name penyakit kau ni ? =_='
    klakarr lahh doe , geli tiak bace, HAHA

    ReplyDelete
  4. hahaha. ko nih. tak alert langsung sakit abg ko ni. dah bape tahun kite bergabung? hahaha. tiak ko geli sebab tak cukur kan?err

    ReplyDelete
  5. shah walaupn dada lekuk tetap le main rugby lg.. huhu jom main rugby same2.. huhu

    ReplyDelete
  6. harapan la. nayo nanti. nayo2.HAHA

    ReplyDelete