26 April, 2011

SATU tips

Assalamualaikum.

Minggu exam yang penuh permai ini ingin aku berkongsi SATU tips belajar yang berkesan. Satu jela. Banyak-banyak kang bukan nye ingat semua. Lagipun nak exam kan korang, nanti information overloaded. Tak boleh. Tak boleh.

tips

Pelajar yang cemerlang akan belajar dalam sesi yang pendek dan padat.

~Tiga sesi 30minit lebih berkesan daripada satu sesi dua jam yang berterusan~


Tips ini aku peroleh semasa aku menyertai kem pendidikan yang di anjurkan di UPM. Seperti yang kita tahu, kemampuan otak manusia terhad dan harus rehat yang secukupnya bagi mengelakkan otak menjadi sembap dan lembap lalu menjadi bebal.


Oleh itu, untuk meningkatkan tahap mengingat apa yang kita telah pelajari, sewajibnya kita study sebolehnya hanya 30 minit sahaja dalam satu sesi. Dalam 30minit tu kalau boleh kasi kaw-kaw punya. Kalau boleh, tak payah la nak study sambil mesej girlfriend/boyfren korang. Fokus korang akan terganggu.


Ini adalah kerana, semakin lama kita study, semakin rendah tahap fokus kita. Better study sekejap tapi input banyak masuk berbanding study lama tapi input tak sebanyak mana. Ingat. Otak kita bukan mesin. Otak juga memerlukan rehat yang secukupnya. Fikir-fikirkanlah.

So briliant student, study smart ! Don’t study hard !



2 comments:

  1. study kat library lebih afdal sbb ble bosan2 leh wat photoshoot senyapsenyap..:)

    ReplyDelete
  2. ceh. itu kaw ngn syu. memang siap posing bagai la kan. haha

    ReplyDelete