06 May, 2011

Love & Other Drugs


Aku memang bernafsu nak tengok cite komedi romantic. Dari azali lagi aku memang suka melayan genre filem camni. Then tanpa berfikir panjang, aku pun mengambil keputusan untuk menonton filem LOVE AND OTHER DRUGS tempoh hari.

Filem berkisar tentang playboy yang tetibe je nak jatuh cinta dengan pesakit Parkinson. Tapi pesakit parkinson filem ni cantik la (Anne Hathaway).

Secara keseluruhannya aku bagi rate filem ni tahap moderate je. Tiada istimewa mana. Cuma ia agak berbeda dengan cara penceritaan filem komedi romantik tipikal lain. Tapi, aku sebagai rakyat Malaysia agak terkesima dengan beberapa adegan ‘extreme’ yang dipaparkan. Nasib baik lah adegan di ranjang di sekat di panggung. Then bila aku tengok balik kat ‘Maya’, memang perghh. Tak da nak sensored sangat la. Dan memang ternyata banyak gila adegan yang dipotong.

Kanak-kanak seharusnya dijauhi dari mendekati filem ini. Banyak memaparkan adegan ‘Cinta‘ yang melampau dan tidak bersesuaian langsung dengan adat resam orang melayu. Ecece.

Lagi satu aku tak tahu kenapa aku tak suka sangat dengan cara penyampaian hero filem ni. Nampak macam agak fake untuk beberapa babak. Tetapi berbeza dengan heroin. Anne Hathaway memang jarang mengecewakan aku. Penyampaian terkesan dan aku selaku pemilik ‘Sindrom Tangan Gegar’ merasa sedikit terkesima dengan apa yang dilalui oleh Maggie (nama watak heroin). Aku harap aku tidak melalui seperti apa yang dia lalui. *sila rujuk post ini*


Shah : rugi tengok kat panggung, tapi tak rugi kalau download je.

3 comments:

  1. eh2 post hampir sama..pasal movie..haha ketidaksengajaan oke..not mengcopy ur post..waktu dipublish pon hampir sama.

    ReplyDelete
  2. ok aku terus nak tgk lah cerita ni..sbb mcm aku jgk ni penyakit dia..haha..ko download eh?nak!hahahaa

    ReplyDelete
  3. FK : faham sgt dah. agak perasan kesamaan pengepostan kita. tapi tidak mengapa. bukan isu besar. *serius*

    'afifa : jgn mol. cite ni extreme. jangan. HAHA. membe aku ada. kalau ko nak, bak pendrive.

    ReplyDelete