18 June, 2012

Belia Benci Politik


Assalamualaikum Salam Belia Malaysia.

Aku makin hairan dengan situasi anak muda zaman sekarang yang makin hebat dalam pertelagahan menentang ideologi-ideologi yang disogok oleh lambakan cerita pedas/panas yang disalur oleh media terutama dari sumber internet.

Wahai kawan-kawan, kita dibesarkan dan dilahirkan seakan kain putih yang tiada nampak segala carik dan tompok. Perubahan minda dan kemampuan berfikir seiring dengan tempoh masa dan tempat kita dibesarkan. Dan oleh kerana perubahan tersebut kain putih yang sedia kala nya putih bisa berubah. Kau tahu bila kita berubah?

Aku paling fedup dengan orang yang dah hebat sangat mengklasifikasikan mereka sebagai matang. Matang tu mende? Apa definisi kau terhadap matang? Adakah dengan cara kau mampu menganalisa politik dengan hebat dan mampan, kau sudah mampu dikatakan matang dan hebat? Kau silap.

Dunia politik bukan dunia kita wahai kawan-kawan semahasiswa. Aktivis segala jadah tu dapat duit. Kita dapat apa? Tak dapat hapehape. Malah kita seperti diperalatkan. Diperalatkan minda oleh dunia politik yang tiada kesudahan. Menanam sikap benci-membenci. Penindasan. Pembohongan. Persengketaan.

Apa kata lebih baik kita meningkatkan apa yang kurang dalam diri kita. Meningkatkan amal takwa atau meningkatkan tahap jati diri kita supaya menjadi lebih baik. Berbakti untuk keluarga/Agama dari terus sesat dunia politik yang tiada sudahnya, Sekian.


No comments:

Post a Comment