24 December, 2012

Explorasi SRMUPM 2013


Semakin hampir dengan kem penentu segala. Explorasi Sukarelawan SRMUPM 2013. Kem ini bertujuan untuk membuka peluang dalam pemilihan muka-muka baru bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan dalam ahli jawatankuasa tertinggi Sekretariat Rakan Muda UPM 2013.

Untuk kali ini, aku ditugaskan untuk menjadi Eksekutif Aktiviti yakni bersama Kalam, Raihana, Apek, dan Afifah. Kami ditugaskan untuk merencana perjalanan program tersebut dari mula hingga akhir. Tugas berat disandang kerana aku tak pernah sama sekali menjadi Eksekutif Aktiviti. Kerisauan terus membelenggu terutamanya atas dasar program ini terlalu besar kesannya buat kamisemua.

Doakan kami berjaya !


Nama tempat terpaksa di 'erase' atas sebab yg tertentu. peace


No comments:

Post a Comment