24 February, 2013

Sejuta Nafas Pilu


Bersih pada mula, tidak bermakna bersih selamanya. Suci selama mana pun pasti akan bertompok di makan usia . Ingin hari ini hati ini ingin mengupas tentang apa yang telah terjadi sejak bila kala ini.

Diri ini pernah dipunyai oleh seorang hamba. Cantik rupanya, comel keletahnya, cerdik akalnya, pintar lidahnya. Dimulai kenali dengan kuasa mata. Binasa kita kerana mata kerana yang pasti jajahan fizikal yang menerpa dilema. Itu silap pertama. Sejak perkenalan mata itu, hati telah melancong ke daerah yang sukar dipunggah oleh merata zillion perkara. Hati terpaut suka. Mulai babak getir sehingga mudah mampu bicara. Indah sungguh segala. Kata korban yang dikunci oleh berbilang pujangga dunia halus dimamah nurani. Hati ini terus hanyut dalam buaian mimpi yang tidak terperi.

Pertengahan cerita banyak kisah yang menyinggah tragis. Tragis. Tragis. Tragis. Ingin disepak sepak angkara benci namun bertahan dek kerana hati. Namun dikira panas tidak pantas maju ke pekan, tetapi tersangkut dek kerana takdir Tuhan. Kini kami mulai sedari. Bibir kami sebenarnya tidak selari, jiwa kami juga tidak lagi dikunci, jemari juga sudah pandai mengalun berisi. Kami memecat perisai tanda mengalah berhenti. Ya Allah. Betapa kata korban yang dikunci selama ini sebenarnya telah lari memesongkan diri.

Hati ini menjana kekuatan untuk berdiri. Berdiri sendiri tanpa teman pengganti. Tanpa disedari hati dirasa tidak melatah sepi. Malah lega beransur ke mari. Namun tidak bermaksud hati ini memusuhi. Cuma merelakan yang indah pergi. Kita wajib mengerti yang kita bukan lagi seerti, dan kini tercatat kenangan abadi. Kenangan. Sejarah. Baikilah diri. Sebelum terlewat ingin hati ini memohon maaf atas silap laku, salah kata, atau bicara pancaindera yang tidak sewenang berlaga. Maaf.

Sejuta nafas cinta kini terbang menghela sepi…….

Sekian.

3 comments:

  1. kesabaran itu,satu kekuatan.. untuk mendaulatkan iman dijiwa...

    ReplyDelete
  2. kata saudara seperti menghiris labuan di sarajevo..

    ReplyDelete
  3. Hey Kawan.
    biar putus nafsu
    jangan putus cinta..
    cinta menenangkan
    nafsu memusnahkan...

    ReplyDelete