15 October, 2014

Prestij



Lama jemari tak meyusun kata seni. Dahulu sering juga mengabadi di landasan ini. Ingin ku luah segala berita, namun jejari sering tidak geliga. Hari ini tiba tanpa di sapa, dan ku gagah dengan cara lama.

Sudah setahun lebih kira jiwa tidak berpenghuni. Sudah lama tiada insan bertapak keras di hati. Kadang kala hati berpengunjung, namun semua tiada yang betul-betul layak disanjung. Hati keras dengan gagasan sendiri, gagal memberi ruang kepada si pemilik lain hati.

Terkadang  buntu apa yang bakal terjadi, tapi apa pula kuasa ku untuk menidakkan segala yang sudah tersusun rapi. Dah ku jemput pelbagai mata untuk menyinggah, namun tetap gagal memenuhi halwa. Dah ku selam pelbagai rasa, tetapi tetap tak cukup resepi untuk menggila. 

Takdir telah tertulis untuk aku kekal begini. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin juga untuk masa yang lama. Kan ku tunggu hati yang menyapa dan menghela nafas tiada curiga. Akan ku genggam biar erat jika tercengkam satu cinta.

Dengan izin-Nya.

1 comment: