Lama jemari tak meyusun kata seni. Dahulu sering juga mengabadi
di landasan ini. Ingin ku luah segala berita, namun jejari sering tidak geliga.
Hari ini tiba tanpa di sapa, dan ku gagah dengan cara lama.
Sudah setahun lebih kira jiwa tidak berpenghuni. Sudah lama tiada
insan bertapak keras di hati. Kadang kala hati berpengunjung, namun semua tiada
yang betul-betul layak disanjung. Hati keras dengan gagasan sendiri, gagal
memberi ruang kepada si pemilik lain hati.
Terkadang buntu apa
yang bakal terjadi, tapi apa pula kuasa ku untuk menidakkan segala yang sudah
tersusun rapi. Dah ku jemput pelbagai mata untuk menyinggah, namun tetap gagal
memenuhi halwa. Dah ku selam pelbagai rasa, tetapi tetap tak cukup resepi untuk
menggila.
Takdir telah tertulis untuk aku kekal begini. Mungkin esok.
Mungkin lusa. Mungkin juga untuk masa yang lama. Kan ku tunggu hati yang
menyapa dan menghela nafas tiada curiga. Akan ku genggam biar erat jika
tercengkam satu cinta.
Dengan izin-Nya.
wow.
ReplyDelete